Menteri Pertahanan Colombia meninggal dunia akibat Covid-19

0
46
Carlos Holmes Trujillo

BOGOTA – Menteri Pertahanan Colombia, Carlos Holmes Trujillo dilaporkan meninggal dunia semalam akibat komplikasi yang timbul setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut AFP, Trujillo merupakan salah seorang daripada hampir 12 menteri Kabinet yang telah dijangkiti pandemik itu.

Presiden Colombia, Ivan Duque telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama 3 hari bagi memperingati kematian Trujillo dan mangsa lain.

Trujillo, 69, merupakan antara individu penting di Colombia yang terlibat dalam usaha memerangi kumpulan dadah dan gerila.

Mendiang dimasukkan ke hospital pada awal bulan ini setelah disahkan positif Covid-19 dan menghidap pneumonia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here