MetMalaysia jawap Malaysia sejuk seperti kota London

0
236
Dakwaan Malaysia akan mengalami cuaca sejuk pada Februari depan dinafikan oleh MetMalaysia

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan Malaysia akan dilanda cuaca sejuk seperti kota London pada bulan depan.

Dakwaan yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu merupakan maklumat palsu, yang pernah tersebar pada 2016 dan telah diulang siar

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini, disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari, akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

“Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22°C dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung berlaku sepanjang hari.

Justeru orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here