MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk di Kelantan

0
164
Cuaca buruk di Kelantan baru-baru ini menyebabkan tanah runtuh di Lojing

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dan buruk di beberapa kawasan di Malaysia sehingga esok.

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan, beberapa kawasan di Kelantan iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Gua Musang diletakkan amaran cuaca buruk yang mana hujan lebat dijangka berterusan.

“Beberapa kawasan lain pula diletakkan amaran cuaca waspada yang mana hujan lebat dijangka berlaku.

“Kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

“Kawasan lain di Kelantan pula iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih diberi amaran cuaca waspada,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, turut diberi amaran cuaca waspada ialah Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Selain itu, katanya, di Sabah kawasan yang diberi amaran cuaca waspada ialah Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here