MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk di Pahang, Johor

0
127
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

Menurut MetMalaysia dalam kenyataan, kawasan terlibat ialah daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, turut dikeluarkan melibatkan seluruh Kelantan.

Dalam pada itu, di Terengganu ia melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara di Johor, melibatkan Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca buruk juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, di Pahang sehingga Sabtu ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here