Minyak 1kg: Hanya 3 peket setiap kali pembelian

0
112
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menghadkan pembelian minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi kepada tiga bungkus sahaja bagi setiap pelanggan berkuatkuasa, semalam.

Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa  KPDNHEP Putrajaya, Azman Adam berkata, kebenaran penetapan had pembelian tersebut bertujuan untuk memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperoleh bekalan minyak masak yang diberikan subsidi Kerajaan. 

“Adalah diingatkan kepada penjual runcit kebenaran ini adalah terpakai kepada minyak masak pek polybag 1 kilogram sahaja dan perlu dijual dengan harga RM2.50 sekilogram.

“Tiada had pembelian perlu dikenakan ke atas minyak masak bukan dalam pek polybag 1 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, Azman berkata, minyak masak dalam bungkusan polybag 1 kilogram merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).

Menurutnya, Kerajaan komited dalam memastikan kestabilan bekalan minyak masak polybag 1 kilogram bersubsidi untuk memastikan rakyat boleh mendapatkan bekalan itu untuk kegunaan isi rumah dengan harga yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram, khususnya dalam cabaran situasi pandemik Covid-19.

“KPDNHEP kekal konsisten mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran di negara ini bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan tidak terjejas sekali gus dapat memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa bekalan barangan keperluan asas dan penjagaan diri mencukupi di pasaran.

“Arahan itu juga memastikan tiada perlakuan peniaga yang mengambil kesempatan memanipulasi harga dan bekalan minyak masak semasa pandemik Covid-19,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here