Misi sukarelawan KPT-UPM bantu mangsa banjir di Pahang

0
274
misi sukarelawan KPT-UPM ke Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang yang terjejas disebabkan bencana banjir

SERDANG- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengerakkan lebih daripada 100 orang staf dan juga pelajar dari kampus UPM Serdang dalam misi sukarelawan KPT-UPM ke Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang yang terjejas disebabkan bencana banjir.

Misi sukarelawan KPT-UPM yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, Prof. Dr Arifin Abdu itu diaktifkan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan berkenaan.

Selain bantuan pembersihan kawasan perumahan yang terjejas terusk akibat banjir yang berlaku kali ini, misi sukarelawan KPT-UPM itu turut menghulur sumbangan kewangan dan juga barangan keperluan kepada mangsa yang terjejas.

Para sukarelawan turut membantu mangsa banjir memindahkan barangan yang masih diperlukan

Bantuan yang dihulurkan diharap dapat membantu mangsa banjir dan diharapkan sifat cakna staf dan pelajar UPM akan berterusan untuk meningkatkan lagi budaya tolong-menolong dan prihatin dalam meringankan beban dalam menangani krisis bencana alam di Malaysia.

Dr. Ariffin dalam satu kenyataan berkata, misi berkenaan juga adalah salah satu wadah dalam usaha untuk memberi peluang kepada staf dan juga pelajar UPM untuk berkhidmat dan berbakti kepada komuniti dan masyarakat.

“Ia juga bagi menyahut seruan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad dan KPT untuk menghasilkan graduan kental masa hadapan yang terlibat dalam misi dan program seumpama ini,” katanya.

Sukarelawan turut membantu membersihkan kediaman mangsa banjir yang dipenuhi lumpur

Dalam pada itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan turut mengucapkan terima kasih kepada para staf dan juga pelajar yang terlibat dan berharap khidmat bakti yang dihulurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Misi berkenaan diketuai oleh  Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan UPM, Mohamed Shukri Mohamed Noor dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Alif Akmal .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here