MRM bantu 300 pelajar beli gajet dan pakej data

0
113
Firdaus Wong Wai Hung

CYBERJAYA- Multiracial Reverted Muslim (MRM) akan memperuntukkan bantuan untuk membeli gajet dan pakej data kepada 300 pelajar yang kurang berkemampuan.

Pengasasnya, Firdaus Wong Wai Hung berkata, mereka yang memerlukan bantuan berkenaan boleh membuat permohonan secara dalam talian.

“Permohonan untuk mendapatkan bantuan itu telah dibuka sejak Selasa lalu.

“MRM melalui sayap ekonominya, MRM Plus Sdn. Bhd. memperkenalkan projek NADIPELAJAR di mana kami akan memperuntukkan RM150,000 untuk bantuan gajet dan data kepada 300 pelajar yang memerlukan.

“Kami di MRM sentiasa prihatin akan keperluan masyarakat tanpa mengira agama mahupun bangsa,” katanya dalam satu klip video di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap agar usaha murni itu dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi para pelajar

“Semoga Allah menerima sedikit usaha dari kami ini,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here