Nazri Aziz positif Covid-19

0
141
Nazri ketika ini sedang menjalani proses kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan

CYBERJAYA- Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses kuarantin.

Difahamkan, Nazri ketika ini sedang menjalani proses kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula petang Isnin.

“Saya stabil tidak ada sebarang masalah. Don’t worry, I’m okay, seronok duduk di hospital ni,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani hari ini.

Nazri menjelaskan beliau hanya mengetahui salah seorang yang hadir sidang medianya positif Covid-19 beberapa hari lepas.

Katanya, sebaik mengetahui berita tersebut, beliau terus melakukan ujian saringan Covid-19 dan keputusannya diketahui petang Isnin.

“Petang semalam result keluar, saya positif dan saya terus menjalani kuarantin di hospital ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang pemerhati politik Datuk Zaharin Mohd Yassin yang turut hadir ke sidang media Nazri pada 12 Januari lalu disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, anak anggota parlimen itu, Mohamed Nedim Mohamed Nazri turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

“Tolong doa untuk orang tua (ayah) saya. Dia di Kelantan.

“Hanya dia dan satu kakitangan disahkan positif. Ya Allah, kau permudahkan untuk dia,” ciap Mohamed Nedim di akaun Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here