Nazri Aziz pula tarik sokongan kepada PN

0
292
Mohamed Nazri Aziz

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik balik sokongan yang dibrerikannya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Nazri berkata, keputusan menarik semula sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu adalah atas pendirian mempertahankan keputusan UMNO.

“Dengan ini secara rasminya saya menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk membentuk kerajaan sedia ada.

“Keputusan ini ialah kerana bagi saya inilah yang terbaik untuk parti saya. Kita tidak menentukan bila pilihanraya tapi kita tarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin hari ini,” katanya.

Berikutan itu, Mohamed Nazri berkata, dengan keputusan yang diambilnya itu, kerajaan PN hari ini hanya memiliki sokongan 109 ahli Parlimen.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan keputusannya menarik diri daripada menyokong kerajaan PN berkuat kuasa serta merta.

Selain dua ahli Parlimen BN itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama selepas membuat keputusan untuk tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang dibaca buat kali ketiga di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here