Negara terus catat angka tertinggi Covid-19

0
60

Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) terus merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 3,309 kes dikesan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 141,533 jangkitan dengan 30,390 kes aktif.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 3,303 penularan tempatan dan enam kes import.

“KKM juga merekodkan empat kematian baharu membabitkan rakyat tempatan.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 559 kes (0.39 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat ini, beliau berkata, 190 pesakit Covid-19 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 83 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, katanya, 1,469 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 110,584 kes (78.1 peratus).

Setakat hari ini, sebanyak 605 kluster dilaporkan termasuk 11 kluster baharu. Daripada jumlah itu, 344 kluster telah pun ditamatkan manakala baki 261 kluster masih lagi dipantau KKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here