NEKMAT sediakan penghantaran ikan segar beku sepanjang PKP di Lembah Klang

0
174
NEKMAT menyediakan penghantaran QFish sepanjang tempoh PKP di Lembah Klang

CYBERJAYA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyediakan perkhidmatan penghantaran Jualan Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut terus ke rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di kawasan sekitar Lembah Klang.

Menurut NEKMAT, ikan-ikan seperti Pelaling, Kembung dan Selayang dijual dengan harga RM4 sekilogram.

“Semua pesanan akan diiklankan di Facebook NEKMAT setiap hari seawal jam 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Pengguna boleh terus membuat belian di www.nekmatbiz.com.my atau
https://shopee.com.my/nekmat.os.

“Semua penghantaran akan dibuat dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikan segar yang dijual oleh NEKMAT dihantar terus oleh nelayan

Tambah kenyataan itu, ikan segar itu yang dibeli secara terus daripada nelayan kemudiannya dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Katanya, NEKMAT juga mempunyai sebuah bot pukat jerut dan dua buah bot api sendiri di Kompleks Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, Perlis.

Antara ikan segar yang terdapat di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu, Kuala Lumpur

Selain itu, katanya, NEKMAT turut menjual produk keluaran sendiri iaitu QFish dan produk hasil perikanan jenama ENNA.

Sementara itu, katanya, sepanjang tempoh PKP waktu urus niaga jualan ikan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pula bermula dari pukul 7 pagi hingga 7 malam manakala hari minggu bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here