Noh Omar dan keluarga lakukan saringan Covid-19 selepas menantu positif

0
80
Noh memegang cucunya untuk ujian saringan Covid-19

CYBERJAYA – Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan keluarga menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif wabak berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Noh menerusi kemaskini di laman Facebook miliknya hari ini, beliau turut berkongsi beberaa keping gambar ketika ujian saringan dilakukan.

Menurut Noh, mereka sekeluarga perlu menjalani saringan berkenaan memandangkan menantunya itu menetap serumah dengannya.

“Assalamualaikum, tanpa diduga Hisham menantu saya positif Covid-19. Kami tinggal serumah, pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian saringan,” katanya.

Dalam pada itu, Noh memohon semua pihak mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

“Semoga sahabat-sahabat dapat mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here