Op Murni: TDM bantu mangsa banjir di Sabah

0
84
Pasukan TDM membantu operasi pemindahan mangsa banjir di Beaufort, Sabah pada Ahad lalu. Foto : FB Kementerian Pertahanan Malaysia.

BEAUFORT – Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) pada Ahad lalu terlibat dalam bantuan pemindahan mangsa banjir di sekitar daerah ini.

Dalam penugasan atur gerak anggota daripada Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) itu, mangsa-mangsa banjir telah dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dun Banir.

Kerjasama bersama agensi awam kendalian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Beaufort itu disertai oleh pasukan penyelamat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Relawan Malaysia (RELA).

“Bantuan kepada agensi awam ini adalah selari dengan Perintah Ulung PTD ke-28 dalam Tonggak Kelima yang menekankan berkenaan Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam yang sentiasa bersedia membantu rakyat dalam apa jua situasi yang memerlukan,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.

Bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kesemua anggota dan kenderaan yang terlibat telah disanitasi setelah selesai penugasan.

Pasukan TDM membantu operasi pemindahan mangsa banjir di Beaufort, Sabah pada Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here