Operasi mencari perakam suara kokpit pesawat Sriwijaya Air ditangguhkan

0
28

JAKARTA – Operasi mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Laut Jawa pada Sabtu, ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut Reuters, keadaan laut bergelora dengan ombak berketinggian sehingga 2.5 meter di lokasi pencarian di Kepulauan Seribu memaksa operasi dihentikan sehingga cuaca kembali tenang.

Kotak hitam kedua yang belum ditemukan itu berisi perakam suara kokpit (CVR).

Semalam, anggota pasukan pencari berjaya menemukan kotak hitam yang mengandungi perakam data penerbangan (FDR) di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang pada pukul 4.20 petang (waktu tempatan).

Alat perakam data penerbangan (FDR) pesawat Sriwijaya Air yang berjaya ditemukan, semalam. – GAMBAR TNI AL

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) menjangkakan data daripada FDR tersebut dapat dimuat turun dalam masa antara 2 ke 5 hari lagi.

Difahamkan, sepasukan penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat akan tiba beberapa hari lagi untuk membantu penyiasatan.

Siasatan awal KNKT mendapati, enjin pesawat malang tersebut masih berfungsi apabila ia jatuh menghentam air, berdasarkan kepada rupa fizikal serpihan yang berjaya ditemukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here