
MASJID TANAH – Selain cawangan utamanya di Cyberjaya, pusat beli belah Malakat Mall turut menganjurkan karnival jualan saragam sekolah di Malakat Mall Masjid Tanah.
Karnival jualan selama dua hari bermula hari ini hingga esok itu diadakan sempena hari temuduga terbuka dan hari bersama vendor di Malakat Mall Masjid Tanah.

Antara yang dijual di karnival berkenaan ialah pakaian sekolah dengan jenama baharu yang dibawakan oleh Malakat Mall iaitu Seragam dengan kain berkualiti tinggi.
Pelbagai jenis seragam sekolah dijual termasuk untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga seragam untuk sekolah agama.

Karnival jualan yang dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang itu juga turut menjual kelengkapan lain seperti kasut sekolah.