Ozil, Arsenal capai persetujuan tamatkan kontrak lebih awal

0
78

LONDON – Bekas pemain Jerman, Mesut Ozil hampir pasti meninggalkan kelab Arsenal apabial kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan untuk melakukan penamatan kontrak lebih awal.

Kontrak Ozil, 34, masih berbaki selama 6 bulan namun oleh kerana kedudukan beliau dalam pasukan tersebut masih samar, penamatan kontrak lebih awal merupakan jalan terbaik buat dirinya, kata ESPN FC.

Beliau dijangka akan menandatangani kontrak bermain bersama kelab Turki, Fenerbache, dalam masa terdekat ini.

Sepanjang mewakili Arsenal sejak 2013, Ozil telah melakukan kemunculan sebanyak 254 kali, menjaringkan 44 gol dan melakukan bantuan jaringan sebanyak 77 kali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here