Pasukan peguam sudah sedia cabar Pengisytiharan Darurat – Anwar

0
528
Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah menyediakan pasukan peguam untuk menyiapkan permohonan mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang berkata, langkah itu diambil sebagai usaha untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat daripada salahguna kuasa.

“Hari demi hari, kerajaan ini semakin hilang wibawa dan keyakinan semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan. Muhyiddin minta kita percaya dia tatkala kediktatoran beliau semakin menonjol.

“Keyakinan terhadap kepimpinan beliau juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang ahli Parlimen menarik sokongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, pengisytiharan darurat juga seperti tiada kaitan dengan usaha untuk melawan wabak tersebut.

Sementara itu, Anwar juga menggesa kerajaan untuk membuat perancangan yang terperinci dan konsisten dalam melawan wabak tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here