Pasukan SAR Sriwijaya Air fokuskan pencarian CVR

0
27
BAGUS PURUHITO

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini membuat keputusan menghentikan operasi mencari mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Sriwijaya Air, namun meneruskan operasi mencari alat perakam suara kokpit (CVR) yang masih belum ditemukan.

Perka\ra tersebut diumumkan oleh Pengarah Agensi Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas), Bagus Puruhito, kata Reuters.

“Operasi mencari (mangsa) sudah dihentikan, tetapi kami meneruskan operasi pencarian CVR,” kata Bagus kepada wartawan dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau turut memberitahu, pasukan SAR berjaya mengumpulkan lebih daripada 324 beg yang diisi sisa mangsa korban dan pesawat.

Pada minggu lepas, kumpulan penyelam berjaya menemukan alat perakam data penerbangan (FDR) pesawat Boeing 737-500 yang berusia 26 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here