Pejabat Pengarah Putrajaya, cawangan Siasatan Putrajaya dan cawangan Wangsa Maju LHDN dibuka semula 2 Februari

0
137
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pejabat Pengarah Putrajaya, cawangan Siasatan Putrajaya dan cawangan Wangsa Maju Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terletak di Menara TM Jalan Semarak di Kuala Lumpur yang ditutup sementara sebelum ini akan dibuka semula pada 2 Februari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, sepanjang tempoh penutupan sementara itu, pelanggan disarankan melakukan semua urusan secara dalam talian.

“Namun, bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan secara bersemuka, mereka boleh mengunjungi mana-mana kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran.

“Sila pastikan semua prosedur operasi standard (SOP) pencegahan
penularan wabak Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi talian LHDN di Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau melalui HASiL Live Chat.

Selain itu, katanya, mereka juga boleh menggunakan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here