Peluang usahawan Masjid Tanah pasar produk di Malakat Mall

0
333
Usahawan tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan produk untuk dipasarkan di Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH- Para usahawan di Masjid Tanah berpeluang untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing dengan memasarkan produk di Malakat Mall di sini.

Peluang itu diberikan oleh Malakat Mall kepada para usahawan setempat untuk pembukaan pusat beli belah berkenaan di Masjid Tanah yang dijangka pada awal Mac depan.

Hari ini dan esok merupakan hari bersama vendor dan temuduga terbuka di Malakat Mall Masjid Tanah

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib berkata, antara agenda utama pembukaan Malakat Mall di Masjid Tanah ialah untuk memperkasakan ekonomi tempatan.

“Jadi, kita mahu usahawan tempatan ambil dan guna peluang ini sebaik mungkin. Pada hari ini hingga esok kita adakan sesi bertemu vendor. Jadi datang dan bincang dengan kami.

“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh para usahawan hari ini amat baik. Kita jangkakan esok lagi ramai yang datang untuk perkenalkan produk masing-masing.

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib

“Kita sebenarnya pada pembukaan nanti tidak membawa semua produk yang ada di cawangan utama kita kerana ingin berikan peluang kepada usahawan tempatan,” katanya.

Sementara itu katanya, sekiranya hari ini dan esok tidak mengcukupi, pihaknya akan membuka pada hari lain untuk hari bersama vendor kerana permintaan terlalu tinggi.

Pada hari ini sehingga esok (Ahad), Malakat Mall Masjid Tanah mengadakan sesi temuduga terbuka dan juga hari bersama vendor sempena pembukaanya awal Mac depan.

Sementara itu, Pengurus QK Global Resourses, Mohamad Shah Naatam berkata, beliau membawa dua produk untuk dipasarkan ke Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Mohamad Shah menunjukkan produk yang dibawa ke Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

“Saya bawa roti canai segera dan sambal serbaguna dan berharap kedua-dua produk yang dihasilkan oleh saya dan isteri ini dapat diterima untuk dijual di sini.

“Roti canai segera paket enam keping dijual pada harga RM5 manakala sambal serbaguna 250 gram dijual pada harga RM10,” katanya.

Dalam pada itu, Procumen Buyer Malakat Grocer, Wan Izatul Nadiah Wan Kamaruzaman berkata, ramai usahawan dari Melaka datang pada hari ini untuk perkenalkan produk.

“Kita akan tengok dan memberi penilaian untuk setiap produk yang dibawa hari ini, pada usahawan akan diberikan maklum balas dalam masa tujuh hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here