Pemegang AP daging terlibat kartel akan dibatalkan

0
119
Dr Ronald Kiandee

PUTRAJAYA – Pemegang Permit Import yang didapati bersekongkol dengan kartel daging import haram akan dibatalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak membatalkan lesen pemegang AP jika didapati terlibat dalam kartel berkenaan..

“Saya sebagai menteri di kementerian ini (MAFI) tidak melindungi mana-mana warga MAFI yang terlibat… kita inginkan suatu siasatan mendalam bagi menangani isu ini secara dekat agar masalah ini dapat kita rungkaikan,” katanya memetik laporan Bernama ketika diminta mengulas isu kartel daging import. 

Beliau yang ditemui selepas melancarkan Kalam Anti Rasuah MAFI (KARMA 2021-2025) di kementeriannya di sini hari ini, berkata siasatan menyeluruh berhubung kartel daging import haram itu sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Pada 2 Dis lalu, MAQIS membongkar kegiatan kartel itu yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here