Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan tiga bulan lagi

0
76

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan lagi bagi peminjam yang layak.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, hari ini.

“Kerajaan mengambil keputusan ini kerana kami sedar terdapat peminjam yang masih terkesan dengan situasi semasa terutamanya akibat Covid-19,” kata Dr. Noraini dalam satu kenyataan.

Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac, dengan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman tersebut bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.

“Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penanguhan bayaran balik ini akan diumumkan oleh PTPTN (nanti),” kata Dr. Noraini dalam kenyataan tersebut.

“Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam tabung ini,” tambah Dr. Noraini.

Para peminjam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sebelum ini kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman tabung pelajaran ini mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 berikutan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here