Pencapaian luar biasa Malakat Mall tak sampai setahun beroperasi cetus kekaguman menteri

0
345
Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim; Pengerusi Amal Sejagat, Cikgu Izzat dan pengurusan kanan Malakat Mall di pejabatnya hari ini

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan kekaguman dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pusat beli belah Malakat Mall yang diuruskan sepenuhnya oleh usahawan Melayu.

Beliau berkata, meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada waktu sekarang, perniagaan di pusat beli belah itu tetap dapat bertahan dan berkembang dengan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Saya sentiasa tertarik dengan dengan model-model perniagaan yang mempunyai kesan pengganda atau ‘multiplier effect’, terutamanya yang dapat membantu komuniti terutamanya masyarakat bumiputera,” katanya hari ini.

Terdahulu, Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim; Pengerusi Amal Sejagat, Cikgu Izzat dan pengurusan kanan Malakat Mall.

Malakat Mall
Antara pelanggan yang membeli barangan dapur di Malakat Grocer 812.

Dalam pada itu, Wan Junaidi melahirkan keyakinan bahawa Malakat Mall akan berpotensi untuk terus berkembang maju.

Malah, beliau juga berharap syarikat seperti
Malakat Mall dan syarikat yang lain seperti ini terlibat dengan lebih aktif dalam sektor pengeluaran makanan halal.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here