Pendaftaran bersyarat vaksin Pfizer diluluskan – Dr. Noor Hisham

0
125

CYBERJAYA – Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer/BioNTech telah memperoleh pendaftaran bersyarat, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pendaftaran vaksin itu diluluskan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-352 yang bersidang hari ini.

“Pun begitu syarikat masih perlu mengemukakan beberapa data penting dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum ianya dibenarkan untuk digunakan,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu hantaran di akaun Twitter milik beliau.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi Twitter rasmi beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atas keputusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin keluaran firma tersebut.

“Saya baru dimaklumkan oleh @DGHisham bahawa NPRA telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Pfizer. Kami masih menunggu untuk beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer.

“Tahniah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di atas pendaftaran yang cepat,” kata Khairy.

Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan sebanyak 12.8 juta dos vaksin berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here