Pendaftaran penerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi – Dr. Adham

0
65
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang mahu menerima suntikan vaksin Covid-19 perlu berdaftar, dan proses pendaftaran tersebut akan dibuka tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika muncul pada program Bicara DR di RTM 1, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila tarikh pendaftaran tersebut dibuka.

Setiap individu yang divaksin akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.

“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.

“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” kata Dr. Adham.

Beliau pada masa yang sama menegaskan, penerima vaksin masih perlu mengamalkan norma baharu.

Negara akan mula menerima vaksin Covid-19 pada akhir Februari ini, dengan penghantaran pertama dilaksanakan oleh Pfizer-BioNTech.

Vaksin yang dijenamakan dengan nama Comirnaty tersebut telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here