Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia

0
504
Allahyarham Syekh Ali Jaber

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Yarsi, di sini hari ini pada usia 44 tahun.

Memetik laporan CNN Indonesia, berita kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber dimaklumkan oleh Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.

“Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun. Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, jam 8.30 pagi Tolong berdoa,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan daripada Yayasan Syeikh Ali Jaber, memaklumkan berita kematian Syekh Ali dengan melaporkan keputusan Covid-19 Allahyarham adalah negatif.

Allahyarham sebelum ini pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember tahun lalu dan kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) keesokan harinya di Rumah Sakit Yarsi.

Dalam satu rakaman video yang dimuat nak ke dalam laman sosial Facebook dan Instagram miliknya, menunjukkan Allahyarham ketika itu mengalami sedikit kesukaran untuk bercakap.

Ketika itu, Syekh Ali Jaber sempat memaklumkan keadaan terkininya yang mengalami batuk-batuk dan kesukaran bernafas sehingga perlu dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, difahamkan keadaan kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan bertambah baik pada 4 Januari seperti mana dilaporkan dalam akaun Instagram miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here