Penduduk di negeri yang dilaksana PKP hanya dibenar bergerak dalam radius 10km

0
186
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan menguatkuasakan semula operasi sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam Rabu ini susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan yang dibenarkan adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

“Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

“Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam perutusan tersebut PM mengumumkan PKP tersebut akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan yang mana PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Bagi enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan PKP Pemulihan.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, susulan itu pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here