Penduduk Tonghua hampir kehabisan bekalan makanan, ubatan

0
238

BEIJING – Bandar Tonghua di selatan wilayah Jilin, yang diletakkan dibawah perintah berkurung akibat penularan Covid-19 kini berdepan masalah kekurangan makanan dan ubatan.

Menurut Reuters, masalah tersebut disuarakan beberapa penduduk menerusi akaun Weibo mereka, dengan ada yang memberitahu, bekalan mereka hanya mampu bertahan selama 2 atau 3 hari lagi.

Antara paparan tersebut berkata, “Saya sudah kehabisan makanan” dan “saya tidak boleh mendapatkan pemeriksaan kandungan yang sudah memasuki bulan ke-7”.

Sementara itu, pihak berkuasa bandar tersebut berkata, mereka berhadapan sedikit masalah dalam mengedarkan barangan keperluan kerana kekurangan petugas.

“Kami akan mencuba yang terbaik untuk mengedarkan bekalan kepada penduduk (yang terjejas),” kata Timbalan Datuk Bandar Tonghua, Jiang Haiyan.

Tonghua, yang mempunyai seramai 400 ribu penduduk sudah seminggu diletakkan dibawah perintah berkurung, dan setakat semalam sudah melaporkan sebanyak 246 kes positif pandemik itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here