Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan bersyarat

0
254
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Annuar berkata, arca Dewa Murugan itu akan dibawa dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini dan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Januari.

Bagaimanapun, beliau berkata, perarakan itu perlu mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemantauan.

“Syaratnya, ‘chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya melalui hantaran dalam Twitternya semalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here