Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan

0
51
Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO

CYBERJAYA – UMNO mengmabil keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung parti itu yang sepatutnya diadakan selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tarikh baharu akan dimaklumkan kelak. Adalah diingatkan, agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahmad turut  memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

“Semua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat dalam situasi yang mencabar ketika ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here