Permohonan ibu Neelofa untuk patenkan jenama Harimau Menangis belum diluluskan

0
318
Jenama produk ‘Harimau Menangis’ keluaran syarikat Noor Khan Enterprise yang tular sejak semalam

CYBERJAYA – Jenama ‘Harimau Menangis’ yang dimohon oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih belum diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menjadi hak eksklusif beliau.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, permohonan cap dagang bagi jenama itu masih di peringkat pemeriksaan.

Mohd Roslan berkata, pemohonan oleh pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lepas dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi tersebut.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.

“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak semalam, tular di media sosial apabila ibu kepada selebirit terkenal, Neelofa itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya telah didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama tersebut.

Dakwaan usahawan itu, mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here