Persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang ditutup selepas air naik sedalam 2 kaki

0
228
Beberapa kenderaan terperangkap di Persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang selepas air naik sedalam 2 kaki

KUANTAN – Laluan antara Persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang di sini terpaksa sejak awal pagi tadi selepas ditelenggami air sedalam dua kaki berikutan hujan lebat yang berterusan.

Menurut pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ANIH Bhd, berikutan itu semua lorong telah ditutup bagi pengguna.

“Sehubungan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan ke Kuala Lumpur dimohon untuk tangguhkan perjalanan buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan mengikuti perkembangan perkara itu melalui saluran rasmi ANIH iaitu Twiter @LPPTrafik dan Facebook Lebuh Raya Pantai Timur untuk status terkini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here