Pesakit Covid-19 berjudi di pusat kuarantin, polis buka kertas siasatan

0
256
Video yang tular memaparkan beberapa individu di pusat kuarantin bermain daun terup yang melibatkan taruhan

SEPANG – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berhubung perkara itu, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

“Kertas inkuiri (siasatan dalaman) telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.

Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit Covid-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here