Pesawat Sriwijaya Air dilaporkan terputus hubungan, hilang dari radar

0
327

CYBERJAYA – Sebuah pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dilaporkan hilang dari radar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, sebentar tadi.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan ke bandar Pontianak di Kalimantan.

Media tempatan turut menyebut, pesawat tersebut gagal dihubungi oleh menara kawalan.

Menurut data ADS-B daripada Flightradar, pesawat dengan nombor penerbangan SJ-182 itu dikesan kali terakhir di kedudukan 11 batu nautika daripada lokasi lapangan terbang pada ketinggian 11 ribu kaki sebelum hilang dari radar.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here