PH hantar 3 nama sertai jawatankuasa bebas darurat

0
97
Pakatan Harapan

CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar tiga nama untuk menyertai jawatankuasa bebas bagi memberikan syor kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan darurat.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan oleh Majlis Setiausaha PH, tiga nama yang dicadangkan itu ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, penyertaan wakil pembangkang ke dalam jawatankuasa bebas terbabit sama sekali tidak mengubah pendirian PH bahawa alasan-alasan yang dikemukakan Perdana Menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.

“Kami serta majoriti ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera,” katanya.

Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH itu, surat memaklumkan nama-nama tersebut dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Saifuddin merupakan Setiausaha Agung PKR, manakala Loke dan Dzulkefly masing-masing ialah Setiausaha Organisasi DAP Pengarah Strategik Parti Amanah Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pembentukan jawatankuasa bebas itu diperkenankan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here