Pihak Pentagon sedar wujud ancaman keganasan pada hari Biden angkat sumpah

0
45

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 25 kertas siasatan kes keganasan domestik telah dibuka berikutan rusuhan penyokong Donald Trump di bangunan Capitol pada minggu lepas.

Kata Reuters, perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha Tentera Amerika Syarikat (US Army), Ryan McCarthy kepada seorang anggota perwakilan daripada parti Demokrat, Jason Crow.

Crow menambah, beliau turut dimaklumkan bahawa Pentagon turut menyedari kewujudan ancaman keganasan pada masa akan datang termasuk pada hari bakal Presiden AS, Joe Biden mengangkat sumpah 20 Januari ini.

“Senapang, molotov koktel, bahan letupan dan zip tie ditemukan, ini menunjukkan bahawa kita berjaya mengelakkan sesuatu yang lebih buruk daripada terjadi,” kata Crow yang merupakan seorang bekas anggota Renjer, ketika mengulas kejadian pada Rabu lalu itu.

Beliau turut berkata, Pentagon ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak keselamatan tempatan dan persekutuan bagi mengelakkan insiden tersebut daripada berulang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here