PKP: 12 tapak pasar malam di Sepang ditutup

0
152
Semua pasar malam, pasar sari dan pasar tani dalam kawasan MPSepang adalah ditutup

CYBERJAYA- Semua 12 tapak pasar malam di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ditutup selama dua minggu.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor yang bermula dari 13 Januari sehingga 26 Januari depan.

MPSepang berkata, semua pasar malam, pasar sari dan pasar tani dalam kawasan MPSepang adalah ditutup

“Keputusan penutupan atau pindaan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum PKP dilaksanakan, pasar malam di kawasan pentadbiran MPSepang dibuka dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan peniaga beroperasi secara penggiliran mingguan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here