PKP: 265 kenderaan menuju ke Kelantan diarah patah balik

0
222

Pelaksanaan PKP di Kelantan sejak semalam. Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Polis mengarahkan 265 buah kenderaan yang ingin memasuki Kelantan berpatah balik ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di negeri itu semalam. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kenderaan yang diarah berpatah balik itu tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, surat kebenaran majikan dan tiada surat kebenaran PDRM.

Manakala lebih 11,160 buah kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya yang mula dikuatkuasakan ada 12.01 pagi 16 Januari hingga tengah malam tadi.

“Setakat ini, polis kontinjen Kelantan telah mengadakan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 jajahan dan sempadan pintu masuk ke Kelantan” katanya dalam satu kenyataan.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac tahun lepas hinggalah semalam, sejumlah 2,344 kompaun telah dikeluakan kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya .

Pihaknya bersama hampir 100 pasukan pemantauan juga telah menjalankan pemerikasaan dan pemantauan di 900 premis perniagaan dan tempat awam semalam membabitkan restoran, terminal bas, pengangkutan awam, pasar, rumah ibadah dan sebagainya di seluruh Kelantan.

“Sepanjang pemantauan semalam, tiada tangkapan dilakukan,” katanya.

PKP 2.0 yang dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula semalam hingga 26 Januari depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here