PKP : 389 ditahan ingkar SOP hari pertama

0
59
Gambar hiasan pelaksanaa PKP di negara ini.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 389 individu atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standar (SOP) berkaitan pencegahan Covid-19 dengan 371 dikenakan kompaun dan 18 direman.

Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka iaitu 149 kes, gagal menyediakan peralatan, rekod butiran diri, pelanggan (92), tiada penjarakan fizikal (61) dan membawa penumpang berlebihan (27).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemantauan oleh Task Force Operasi Pematuhan PDRM melalui 46,165 pemeriksaan dianggotai oleh 12,779 anggota di seluruh negara.

“Sebanyak 3,602 pasar raya, 4,987 restoran, 1,366 kilang, 1,709 pasar tani/awam, 2,786 tempat ibadah serta 1,337 tempat riadah diperiksa,” katanya dalam sidang media berkaitan Covid-19 hari ini.

Ismail Sabri Yaakob

Sementara itu dalam Operasi Benteng, PDRM menangkap 138 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan enam tekong serta merampas sebuah bot dan 13 kenderaan darat. 

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Katanya, sebanyak 267 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Op Penawar (202 SJR) ; Op Benteng PDRM (56 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR).

Ismail berkata, secara kumulatif, seramai 103,140 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai 2020 sehingga 13 Januari 2021,’

“Daripada jumlah itu, seramai 7,963 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 82 Hotel dan 16 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan dan Melaka.

“Sebanyak 540 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 94,637 individu dibenarkan pulang ke rumah,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here