PKP: 73 individu ditahan cuba rentas daerah, negeri

0
77
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Sebanyak 73 individu dikompaun kerana melakukan kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa, semalam.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain itu, sebanyak 277 individu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

“Dalam operasi semalam, seramai 752 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (277), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), tiada penjarakkan fizikal (128), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (73), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (39) dan lain-lain (98),” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 57 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap dalam Operasi Benteng dan sebanyak 10 buah kenderaan darat turut dirampas.

Sementara itu, katanya, hasil pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) di 37 tapak binaan di seluruh negara, semalam mendapati tiga tapak binaan tidak mematuhi SOP.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here