PKP di tujuh negeri dilanjutkan hingga 4 Februari

0
89
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini kepada 4 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh lanjutan itu melibatkan negeri Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur), Johor, Kelantan dan Melaka.

Beliau berkata, langkah itu juga diambil untuk menyeragamkan tempoh PKP yang dikuatkuasakan di negeri lain di seluruh Semenanjung yang akan bermula esok.

Berita lanjut akan menyusul.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here