PKP diaktifkan semula di seluruh negara – PM

0
73
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, PKP itu akan berlangsung selama 14 hari hingga 26 Januari.

“PKP ini akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan yang mana PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Bagi enam negeri iaiatu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan PKP Pemulihan,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Berikutan itu, katanya pergerakan rentas negeri dan rentas daerah tidak dibenarkan.

Katanya, pergerakan di kawasan PKP hanya melibatkan radius 10 km sahaja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here