PKP diperketatkan lagi?

0
226

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan lagi.

Kemungkinan tersebut diutarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang akhbar, hari ini.

“Walaupun kita lihat sektor ekonomi adalah penting, kita perlu imbangkan sektor tersebut dengan pelaksanaan PKP.

“(Perkara) Ini masih dalam pemerhatian kita untuk kita lihat perkembangan dalam tempoh sehari dua lagi sebelum kita menjalankan atau perketatkan PKP,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, pada hari ini sebanyak 3,631 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Selangor mencatat bilangan kes tertinggi dengan 1,199 kes, diikuti Sabah dengan 526 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 521 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 165,371 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,944 kes lagi telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 125,288 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 39,464 kes yang masih aktif sedang dirawat, dan daripada jumlah itu, sebanyak 238 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 96 kes diberi bantuan pernafasan.

Kes kematian akibat pandemik ini turut meningkat kepada 619 apabila sebanyak 14 lagi laporan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here