PKP: Masjid Putra di Putrajaya ditutup

0
160
Masjid Putra, Putrajaya

PUTRAJAYA – Masjid Putra di sini akan ditutup bermula esok sehingga 26 Januari ini susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut satu hantaran dalam laman rasmi Facebook Masjid Putra, semua aktiviti juga ditutup termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat.

Dalam pada itu, menurut hantaran itu, penutupan masjid tersebut juga bergantung kepada tempoh PKP yang mungkin dilanjutkan berbanding tarikh awal.

Perdana Menteri semalam mengumumkan enam negeri termasuk Putrajaya dikenakan PKP berikutan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, segala aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai dan perjalanan rentas negeri serta daerah tidak dibenarkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here