PKP: Mereka yang terkesan boleh mohon moratorium daripada bank

0
68
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas hari ini

CYBERJAYA – Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan kepada mereka yang terkesan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini. 

Katanaya, bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman. 

“Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

“Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank masing-masing, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda melalui telefon atau secara dalam talian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here