PKP: Pasar raya, perniagaan lain dibenar beroperasi hingga 10 malam

0
197
Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok, kerajaan bersetuju untuk membenarkan waktu operasi perniagaan yang lain sehingga pukul 10 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya melibatkan pasar raya, kedai runcit kedai
serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan, haiwan, kedai dobi serta kedai cermin mata dan lain-lain

“Penyeragaman ini juga bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan sektor perhutanan dan perkayuan serta rantaian yang melibatkan pembalakan dan lain-lain beroperasi seperti biasa berkuatkuasa esok.

Sementara itu, katanya, dalam operasi pematuhan yang dilakukan semalam, seramai 494 individu ditahan atas kesalahan
ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 464 individu telah dikompaun, 29 direman dan satu lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuklah tidak memakai pelitup muka (112), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (67), rentas daerah/negeri tanpa
kebenaran (62), tiada penjarakan fizikal (56), dan lain-lain (197),” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here