PKP: Perlahan-lahan kita ‘meninggalkan’ agama

0
2618
Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim dalam sesi Live Malakat Now malam ini.

CYBERJAYA – Kerajaan perlu menambah baik aspek pengurusan agama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya sekatan yang dilaksanakan secara berterusan itu tidak merencatkan iman umat Islam di negara ini.

Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, gesaan itu dibuat kerana pelaksanaan PKP sejak penularan Covid-19 telah memberi kesan yang hebat kepada aspek keimanan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Tanpa menolak sepenuhnya peraturan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan, beliau mengharapkan pihak kementerian dan agensi yang berkenaan tampil dengan penyelesaian yang lebih baik daripada yang dilaksanakan sebelum ini. 

“Saya bukan bawa idea untuk langgar perintah kerajaan, cuma mengharapkan kawalan aspek agama diteliti semula, kerana sekatan dan larangan sebelum ini telah merencat dan menjauhkan kita dari rahmat Allah.

“Jika solat jemaah di masjid dan majlis-majlis agama terus disekat saya yakin kita tidak lagi mengamalkan sunnah Rasulullah. Kita sebenarnya berdepan dengan masalah yang lebih besar dari Covid-19. 

“Dan kita kena ingat, kalau kita tak amalkan agama secara sempurna, neraka itu jauh lebih teruk dari Covid-19,’’ katanya ketika membicarakan ‘Ujian Sosial Akhir Zaman’ dalam Live MalakatNow malam ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, walaupun masyarakat secara umumny sudah menyedari keperluan pematuhan Procesur Operasi Standard (SOP), kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada aktiviti keagamaan dan pendidikan.

“Cabaran sebenar Covid-19 selain kesihatan adalah pada aspek keimanan. Itu yang lagi besar. 

“Sekarang ini apa yang kita lihat adalah tiada lagi persekitaran yang mengajak kita untuk bersolat jemaah.

“Tahun lepas, berapa ramai umat Islam yang tidak solat Jumaat selama setahun. Sebenarnya inilah ujian akhir zaman,’’ katanya. 

Sedangkan katanya, tempat-tempat awam yang jauh lebih berisiko kepada penularan dibenarkan beroperasi.

Suasana dalam kelas pada hari pertama Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch Montessori baru-baru ini.

Selain itu tegasnya, Coach Fadzil juga menyeru kerajaan supaya tidak menutup sektor pendidikan dalam tempoh yang terlalu lama bagi mengurangkan impak perkembangan mental kanak-kanak.

“Kita mengharapkan kanak-kanak dapat hadir semula ke kelas, kerana di rumah mereka terdedah kepada banyak pengaruh negatif melalui gajet.

“Pendedahan yang terlalu lama pada gajet tanpa pengawasan sepenuhnya oleh ibu bapa memberi kesan yang teruk kepada emosi, fizikal dan sosial anak-anak,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here