PKP: Siaran langsung oleh Perdana Menteri pukul 6 ini

0
196
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 6 petang ini berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengumuman itu dibuat naik dalam laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Berdasarkan poster yang dimuat naik itu, perutusan tersebut akan disiarkan di Facebook rasminya serta semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Minggu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting hari ini.

Pengumuman itu adalah berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19 setiap hari.

Semalam, kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan terus mencatatkan empat angka dengan 2,433 kes dengan sembilan kematian.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga tengah hari semalam meningkat kepada 135,992 kes dan kebolehjangkitan pula sebanyak 27,332 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here