PKP: Spa tutup, Norazni rancang jual ABC dan Mango Float

0
173
Sepanjang PKP Nur Alwani Beuty & Spa terpaksa ditutup

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok di seluruh negara kecuali Sarawak pasti memberi kesan kepada peniaga, terutamanya sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Antara yang tidak dibenarkan beroperasi ketika tempoh PKP ialah kedai spa serta kecantikan dan keadaan itu pastinya membuatkan pemiliknya pening kepala kerana akan mengalami kerugian.

Bagaimanapun, dengan perancangan yang rapi kerana pernah melalui situasi yang sama pada tahun lalu, para peniaga pasti mempunyai jalan ‘alternatif’ untuk berdepan perkara yang sama kali ini.

Termasuk pemilik Nur Alwani Beuty & Spa, Norazni Md. Tolah kerana beliau telah mempunyai perancangan tersendiri untuk menampung perbelanjaan termasuk memastikan gaji pekerja tidak terjejas.

Pendapatan peniaga spa dan kecantikan pasti terjeas ketika PKP, namun dengan perancangan rapi pasti ada alternatif lain untuk jana pendapatan.

Menurut Norazni, PKP yang mula dilaksanakan esok sangat memberi kesan kepada perniagaannya kerana tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh itu dan segala tempahan juga terpaksa dibatalkan atau tunda.

“Sangat terkesan sebab spa tidak boleh beroperasi, tempahan pelanggan bermula esok juga terpaksa dibatalkan ataua ditunda mengikut permintaan pelanggan. Jadi ia memang beri kesan.

“Berdasarkan pengalaman tahun lepas, spa tutup hampir empat bulan. Tiada langsung pendapatan dan kami guna alternatif lain untuk dapatkan pendapatan dengan jual barang basah. 

“Boleh dikatakan kami rugi sehingga 90 peratus, sebelum ini pendapat antara RM17,000 hingga RM25,000 sebulan. Apa pun yang berlaku saya tidak akan tinggalkan staff saya,” katanya kepada Malakat Tribune.

Pekerja Nur Alwani Beauty & Spa juga akan turut berniaga ABC dan Manggo Float

Mengulas lanjut, Norazni berkata, untuk PKP pada kali ini, beliau akan menjual Air Batu Campur (ABC) dan Manggo Float di simpang masuk di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan bermula esok.

“Kita tengok dahulu prestasi jualan ABC dan Mango Float ini macam mana, kami juga akan tawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya PKP berterusan dalam tempoh yang lama, beliau dan suami, Asmawi Kasim merancang untuk menjual daging lembu segar.

Menjual daging segar juga menjadi antara pilihan Norazni

“Sekiranya PKP dilanjutkan, kami rancang untuk jual daging lembu segar. Kami cari lembu tempatan dan sembelih untuk dijual kepada orang ramai. Kami juga akan tawarkan penghangtaran terus ke rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here