PKPP dilanjutkan hingga 31 Mac ini

0
188
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara disambung bermula hari ini sehingga 31 Mac hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimapun perintah tersebut tidak terpakai di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan beberapa lokasi yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Antara lain peningkatan kes ini disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja warga asing yang sedang dijalankan secara besar-besaran di beberapa negeri tumpuan.

“Ianya juga akibat dari berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan terutamanya di Lembah Klang dan beberapa negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, segala prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuatkuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Katanya, aktiviti pelancongan adalah berdasarkan ketetapan yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebelum ini namun perlu mematuhi SOP yang ketat.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi SOP, amalkan 3W (memakai pelitup muka (Wear), kerap mencuci tangan (Wash), memberi amaran kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga untuk patuh kepada SOP (Warn) dan
elakkan 3C (tempat sempit (Confine space), kesesakan (Crowded place) dan bercakap rapat-rapat (Close conversation) bagi mencegah diri dari dijangkiti virus Covid-19 daripada terus menular dalam komuniti,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here